Mudah Belajar
Guna Simbol
Senang Praktik
Kenali Pengasas OMT
Ustaz Arif Asa’ad bin Johari merupakan pengasas & perunding latihan utama kepada Infitah Training & Consultancy serta Co-founder ‘Home Tuition & Quranic Home Based’ iaitu pengurusan pembelajaran berfokus dengan tutor datang mengajar ke rumah pelajar.
Selain itu, beliau adalah pengajar ‘Tahsin al-Qiraah’ untuk staf Amanah Ikhtiar Seremban & beberapa jabatan lain.
Pengiktirafan & pengalaman sebagai Professional Learning Facilitator (PLF) (Mastery) telah diiktiraf oleh Professional Learning Facilitators (International) Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan SOIF Coach yang dipersijilkan oleh Take Charge Sdn. Bhd. dan ahli kepada Pertubuhan Perunding Latihan Muslim Malaysia (TAMRIN).
Antara modul utama beliau ialah ‘Oh Mudahnya Tajwid!’ (OMT) yang membincangkan ‘kaedah membaca al-Quran tanpa perlu mengingat hukum tajwid yang banyak’. Ia telah dikongsikan dengan pelbagai pihak antaranya iaitu Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), UniKL MICET Melaka, Unversiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kolej PTPL, Hospital Banting, Kompleks MARA Kota Bharu, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) & MARDI Hilir Perak, Koperasi Muamalat Malaysia (Perak) Berhad, UWAiS Training & Consultancy, sekolah-sekolah serta banyak lagi.
Selain itu, beliau turut menyampaikan Modul ‘Smart Solat Leads to Success’. Ia membicarakan berkenaan solat, fokus utamanya dengan menjadikan ‘mind set’ (fikiran) kita bahawa ‘solat itu mudah’.
Ustaz Arif Asa’ad bin Johari juga adalah pengasas kepada program Motivasi al-Quran (MAQ) yang merupakan program terbuka kepada masyarakat umum sejak tahun 2009. Alumni peserta MAQ menjangkau 2,000 orang. MAQ adalah program berkaitan pemahaman & aplikasi yang boleh diterapkan dalam kehidupan hasil intipati surah-surah pilihan al-Quran.
Keistimewaan Modul OMT
BELAJAR CARA MUDAH
Penerangan diberikan ringkas dan jelas supaya mudah difahami.
GUNA SIMBOL
Hanya guna simbol sahaja untuk mengenal pasti hukum tajwid.
SISTEMATIK
Tajuk disusun secara berperingkat supaya mudah untuk belajar.
PRAKTIKAL
Setiap kaedah diolah supaya dapat
Percuma khas dari OMT
Mengaji Live
Jemput sertai dan “follow” saluran media sosial kami untuk mengaji secara live bersama kami.
Digalakkan untuk turut masuk ke group Whatsapp kami untuk mendapatkan notifikasi awal.
100 Video Ulangkaji
PERCUMA! 100 Video ulangkaji Modul OMT Khas Untuk Semua. Semog Bermanfaat
Servis & Produk
Rahsia Tulisan Al-Quran
Mengapa ejaan dan tulisan bagi perkataan yang sama dalam al-Quran berbeza-beza?
Mukjizat agung ini dapat dinikmati keistimewaannya melalui pembacaan, tafsir, hikmah, dan termasuklah tulisan. Semuanya penuh hikmah dan rahsia di sebaliknya.
Karya ini membongkarkan rahsia di sebalik keganjilan ejaan dan keunikan tulisan kalimah dalam al-Quran yang memukau.
Perbezaan ejaan dalam Al-Quran bukan tanda kesilapan ataupun bercanggah pendapat. Sebaliknya, ia penuh dengan rahsia dan hikmah yang mendalam.
Apa Kata Mereka?
Perkongsian pengalaman dan komentar pelajar kami berkaitan perkhidmatan yang kami sediakan.
Hubungi Kami
Berminat Menjadi Salah Seorang Guru Quran Bersama Kami?
Emelkan resume ke ohmudahnyatajwid@gmail.com
Berminat Menyumbang ke Rumah Ngaji Kami? Dapat Membantu Kelangsungan Dakwah dan Operasi
Nak jemput OMT ke Organisasi Anda?
Copyright © 2022 Oh! Mudahnya Tajwid!
Powered by Alfalah Digital